Saturday, February 8, 2014

susahnya sains 2

kami dah cuba 2 cara yang dirancang alahai tak menjadi pulak!
nampaknya kenalah cari alternatif lain.
kami nak cuba cara eksperimen pulak
biar murid mendapat pengetahuan dengan mengalaminya sendiri.

seronoknya! seronoknya! itulah kata murid-muridku.....

Friday, February 7, 2014

SUSAHNYA SAINS

masalah
sukar memahami konsep/istilah Sains.

2. cadangan mengatasi masalah
    a. menggunakan peta minda
        murid cuba mengilustrasikan apa yang difahami
    b. permainan mencari ilmu
       murid dibekalkan maklumat dan diminta menyusun untuk membentuk konsep yang   betul.
3. hipotesis
    pada akhirnya murid dapat mengetahui konsep yang betul
4. alasan
   a. menggunakan daya kreativiti murid
   b.mengurangkan kebergantungan kepada guru untuk melakukan sesuatu
   c. permainan akan menarik minat murid

daripada cikgu norfaznin& cikgu zaliha
AKTIVITI 2

REFLEKSI FARAH DAN RAHA....
Ada sorang murid ni dia tak tahu nak eja dan baca. Maklum, budak kelas ujung.... so, kitorang berfikir sambil makan2 kat kantin... sambil bergosip sambil cari idea... 
dalam dok pikir2 tu... ada sorang anak cikgu yang baru 5 tahun tengah main susun2 flashcards
wink....ting..ting...ting..... idea dah datang!!!!....
kitorang pun sepakat nak buat 1 permainan susun huruf-huruf untuk menjadi 1 perkataan yang disebut oleh guru.
murid dapat tahu mengeja sesuatu perkataan contoh : B   A   L    L
senang kan....
confirm budak kelas tu suka la... lagipun itu je yang diorang boleh buat... hehehe.....

tapi...... gambar tu bukan budak yang dimaksudkan ye......

LATIHAN REFLEKSI PENGURUSAN BILIK DARJAH

MASALAH : 
MURID MENGANTUK DI DALAM KELAS SEMASA WAKTU AKHIR CONTOH : MATAPELAJARAN SIVIK, SEJARAH, KAJIAN TEMPATAN



CADANGAN : 
1. MENUKAR SUASANA PEMBELAJARAN 
2. MELAKUKAN LEBIH AKTIVITI 'HANDS ON' SEPERTI PERMAINAN 

HIPOTESIS : 
1. PERUBAHAN SUASANA PEMBELAJARAN MEMPENGARUHI TUMPUAN BELAJAR MURID 2. MURID BERGERAK DAPAT MENGURANGKAN RASA MENGANTUK DI KALANGAN MURID

ALASAN :
1. MURID TELAH BERADA TERLALU LAMA DI DALAM KELAS. PERUBAHAN SUASANA AKAN MENARIK MINAT MERAKA UNTUK BELAJAR.
2. GABUNGAN KOGNITIF DAN KORDINASI MERANGSANG MURID UNTUK AKTIF DAN TURUT SERTA SEPENUHNYA DALAM PdP

CONTOH AKTIVITI KELAS : 
1. BELAJAR DI TAMAN / PONDOK
2. PERMAINAN SEPERTI JIGSAW PUZZLE, KOTAK BERACUN

s.a.l.a.m

Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Program Penyeliaan Kembang Tumbuh anjuran Universiti Malaya. Alhamdulillah. SK Kanchong Darat dipilih untuk mengikuti program ini.
Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami guru mohon belajar,
mohon ilmu dapat diaplikasikan.. (^^,)